Bersanding dalam Islam
Sekadar Gambar Hiasan |
Bersanding adalah budaya Melayu yang berasal dari budaya agama
Hindu, bukan dari budaya Islam. Seperti yang telah dimaklumi, perempuan adalah
perhiasan dunia yang wajib dipelihara kesuciannya, merupakan aurat yang
tertutup berdasarkan sabda2 Nabi SAW, yakni wajib dipelihara dari sebarang
pendedahan dan pempameran , demi menjaga dari fitnah pandangan mata lelaki2
yang fasiq yang ada penyakit didalam hati.
Jika majlis persandingan tersebut dibuat secara tertutup (di
hadapan keluarga terdekat/mahram), ia diharuskan. Ini kerana ada di antara adat
yang masih boleh dipulihkan mengikut acuan Islam atau memenuhi tuntutan syarak.
Tujuan asal majlis bersanding ini ialah untuk memperkenalkan pengantin yang bergelar raja sehari kepada orang ramai. Mereka diperkenalkan sebagai pasangan suami isteri. Lebih-lebih lagi kebanyakan tetamu yang datang ke majlis walimah itu adalah bertujuan melihat dan menatap wajah pasangan raja sehari.
Namun di dalam majlis yang penuh kemeriahan dan bersejarah perlu di pastikan agar syariat Islam tidak tenggelam dalam lautan kegembiraan.
Persoalan yang sangat penting dalam bersanding ialah dari manakah asalnya budaya bersanding; adakah ia budaya atau memang dituntut oleh Islam atau budaya Masyarakat masyarakat.
Saya dapati budaya bersanding di Malaysia asal usulnya adalah dari agama Hindu. Sekiranya masyarakat Melayu masih mahu berpegang kepada adat maka perlu pastikan adat itu tidak bercanggah dengan syariat Islam.
Justeru, apa jua bentuk upacara majlis persandingan boleh diadakan tetapi dengan syarat persandingan itu hanya dikhaskan untuk ahli keluarga yang mahram sahaja.
Tiada percampuran iaitu pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.

jika
majlis persandingan tersebut dibuat secara tertutup (di hadapan keluarga
terdekat/mahram), ia diharuskan. Ini kerana ada di antara adat yang masih boleh
dipulihkan mengikut acuan Islam atau memenuhi tuntutan syarak.
Tiada pembaziran dan tiada aktiviti-aktiviti yang melalaikan. Apatah lagi jika mengabaikan perintah Allah SWT dengan meninggalkan solat atas alasan sibuk melayan para tamu yang hadir.
Tiada pembaziran dan tiada aktiviti-aktiviti yang melalaikan. Apatah lagi jika mengabaikan perintah Allah SWT dengan meninggalkan solat atas alasan sibuk melayan para tamu yang hadir.
Persandingan
lazimnya melibatkan perbelanjaan besar, yang sudah pasti berupa pembaziran yang
dilarang oleh Allah juga. Alangkah baiknya jika wang tersebut dibelanjakan
untuk perkara yang memberi manfaat seperti membantu fakir miskin yang sangat
memerlukan duit untuk perbelanjaan asas seperti makan minum, persekolahan anak
dan sebagainya. Atau diinfaqkan sebagai sedeqah jariah yang pahalanya
berpanjangan hingga ke alam barzakh, berbanding dosa yang dikumpul dengan
perbelanjaan bersanding yang membazirkan.
Sekadar Gambar Hiasan |
Firman
Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah
saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya”.(Surah
al-Isra’ 27)
Disebabkan manusia tidak mengambil berat terhadap syariat maka hilangnya keberkatan dalam sebuah perkahwinan. Ini kerana manusia lebih ghairah menggembirakan orang ramai dan tidak menggembirakan Allah SWT.

Sebagai
orang Islam, kita berkewajipan untuk menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai
kayu pengukur dalam menentukan segala tindakan dan amalan kita seharian.
Ini
adalah bertepatan dengan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: 'Aku
tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi
kamu berpegang teguh dengan kedua-dua perkara tersebut, iaitu kitabullah (al-Quran)
dan sunnah nabinya'.
(Hadis riwayat Imam Malik). Apatah lagi firman Allah s.w.t.
dalam surah Ali 'Imran ayat 102 bermaksud: 'Wahai orang yang beriman,
bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan janganlah kamu
mati kecuali dalam keadaan Islam.' Untuk mati dalam keadaan Islam, hidup kita
mestilah berpandukan dengan cara Islam, daripada saat dilahirkan sehinggalah
saat dikebumikan, In Shaa Allah
Kesimpulannya
hukum bersanding pada asalnya adalah harus, namun hendaklah diperhatikan
pelaksanaannya agar tidak melanggar syariat Allah seperti yang dibincangkan
diatas.