Friday, October 4, 2013

Bugis dan Sejarah Tanah Malayu

SEJARAH KEDATANGAN MASYARAKAT BUGIS
KE TANAH MELAYU

Rumpun bangsa Melayu terbahagi kepada beberapa suku. Diantaranya Bugis, Aceh, Bangkahulu, Mandaling, Rawa, Jawa, Minangkabau, Banjar, Penan dan banyak lagi suku yang tidak dapat disebutkan disini.Diantara semua suku didalam rumpun bangsa Melayu,suku Kaum Bugis adalah yang paling menyerlah dan tersohor.

Didalam sejarah tanah melayu dizaman Kesultanan Melayu Melaka pada kurun ke14 dan sebelumnya lagi.Suku kaum Bugis telahpun menjelajah keseluroh bumi Nusantara.Manakala sejarah tanah melayu membuktikan asal usul raja raja melayu disetiap Negeri diSemenanjung tanah melayu pada waktu itu berasal dari Suku Kaum Bugis.Selain Kerajaan Melayu Melaka,wujud  Kerajaan Melayu Johor,Pahang,Kedah,Selangor dan beberapa Negeri lain.

Sejak zaman berzaman orang Bugis cenderung keluar dari kampung halamannya untuk mencari kehidupan dan petempatan baru. Amalan seperti ini disebut sebagai merantaudalam masyarakat Melayu. Kegiatan merantau telah menjadikan hubungan sejarah, ikatandarah dan tali temali kebudayaan yang sangat erat sepanjang sejarahnya antaramasyarakat Bugis dengan Semenanjung Tanah Melayu.





Kedatangan orang Bugis ke Tanah Melayu telah berlaku sekurang-kurangnya sejak zaman kesultanan Melayu Melaka. Padaabad ke-17 sudah terdapat pemukiman orang Bugis di Semenanjung Tanah Melayu, namunkedatangan mereka dalam jumlah yang besar berlaku pada kolonial Inggeris khususnyasuku akhir abad ke-19. Kedatangan mereka ke Tanah Melayu berterusan sehinggalahsekarang. Meskipun jumlah populasi mereka tidak dapat diketahui dengan tepat keranakekurangan sumber bertulis dan lisan yang begitu ketara, namun kehadiran mereka dapat dilihat majoritinya di dua buah negeri di Semenanjung Tanah Melayu iaitu Johor danSelangor.
 
Di Johor, peranan mereka sebagai peneroka hutan dan pembina petempatanluar bandar adalah antara aspek penting yang membentuk persejarahan negeri Johor.Kewujudan masyarakat Bugis dapat dikesan di beberapa petempatan yang masih kekalhingga sekarang. 

Mereka tersebar di beberapa buah kampung dalam mukin-mukim di Johor seperti Benut, Sungai Karang, Serkat, Ayer Masin, Ayer Baloi, Sungai Pinggan, Jeram Batu, Sungai Kluang, Minyak Beku, Sungai Punggur, Pengerang, Muar, GelangPatah dan sekitar Pekan Nenas. Bahkan ada beberapa buah kampung yang majoriti penduduknya adalah masyarakat Bugis.
Kampung Parit Makkuaseng ialah salah sebuahkampung di mukim Benut, Pontian, 90% penduduknya adalah terdiri daripada masyarakat  Bugis. 


Kampung Lepau di Pengerang 100% penduduknya terdiri daripada masyarakat  Bugis. Sejak dari awal kedatangan masyarakat Bugis ke Semenanjung Tanah Melayu,khususnya ke Johor, mereka telah berjaya menempatkan nama suku mereka dalam sejarahtempatan, sehingga kewujudan masyarakat Bugis di Johor dapat dikatakan lebih menonjoldaripada etnik lainnya.
Kata Kunci: Bugis, Penghijrahan, Petempatan




Sejarah Awal Bugis menurut La Galigo
Kerajaan pertama Bugis mengikut La Galigo ialah Wewang Nriwuk, Luwuk dan Tompoktikka. Luwuk mendapat kedudukan istimewa kerana ia dianggap sebagai ketua Bugis. Walaubagaimanapun, pada abad ke 15, berlakunya perubahan didalam sosio-politik, ekonomi dan agama disebabkan berlakunya migrasi penduduk dari persisiran pantai hingga ke tengah hutan belantara membuka penempatan baru.

Didalam bidang ekonomi, penanaman padi sawah, pembuatan besi dan penggunaan kuda diperkenalkan. Dari segi agama, adat membakar mayat di sesetengah tempat mula diamalkan. Pada akhir abad ke 15, munculnya beberapa kerajaan baru menentang kerajaan Luwuk. Antaranya ialah Gowa (Makassar), Bone dan Wajo'. Kematian Dewaraja, seorang raja Luwuk, menyebabkan perebutan dinasti untuk memerintah Tana Ugi. Gowa bersekutu dengan Bone menawan Luwuk dan sekaligus mempunyai pengaruh yang besar ke atas Sulawesi Selatan.

La Galigo?

La Galigo adalah epik terpanjang dunia. Ia wujud sebelum epik Mahabharata. Ia mengandungi sebahagian besar puisi ditulis dalam bahasa bugis lama. Epik ini mengisahkan tentang kisah Sawerigading, seorang pahlawan yang gagah berani dan juga perantau. La Galigo tidak boleh diterima sebagai teks sejarah kerana ia penuh dengan mitos dan peristiwa-peristiwa luar biasa. Walaubagaimanapun, ia tetap memberi gambaran kepada sejarahwan mengenai kebudayaan Bugis sebelum abad ke 14.

Sebahagian manuskrip La Galigo dapat ditemui di perpustakaan-perpustakaan di Eropah, terutamanya di Perpustakaan Leiden. Terdapat juga 600 muka surat tentang epik ini di Yayasan Kebudayaan Sulawesi Selatan dan Tenggara, dan jumlah mukasurat yang tersimpan di Eropah dan di yayasan ini adalah 6000 tidak termasuk simpanan oleh orang perseorangan.



Daeng??

~ Campurtangan orang Bugis di Johor-Riau-Lingga
Raja Kecil yang telah menawan dan memerintah Johor-Riau-Lingga sabagai Sultan Ke-12, mendirikan pusat pemerintahan di Siak, Sumatera pada tahun 1718.  Dengan menggunakan orang-orang Bugis dari Luwok, Makassar kecil, yang berkampung di Kelang untuk mendapat balik kerajaan Johor-Riau-Lingga dari Raja Kecil.

Sebagai upahan, Raja Sulaiman bersetuju untuk melantik seorang Bugis Luwok menjadi Yang Dipertuan Muda di Riau, bagi mempertahankan agama dan kerajaan Johor, Riau dan Lingga diserang dari luar dan dalam. Setelah mengambil semula kebesaran Diraja tersebut, Sultan Sulaiman I kemudiannya naik takhta Johor-Riau-Lingga sebagai Sultan Johor dengan membawa gelaran "Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah" yang memerintah Johor, Riau, dan Lingga.

Dalam tahun 1730-an, seorang Bugis bernama Daeng Mateko yang berbaik dengan raja kerajaan Siak mengacau ketenteraman Kelang; negeri Melayu yang diserahkan kapada orang Bugis Luwok sabagai upah membantu Sultan Sulaiman I mendapat kembali kerajaan Johor-Riau-Lingga. Ini menjadikan Daeng Chelak datang ke Kuala Selangor dengan angkatan perang dari Riau. Daeng Mateko dapat dikalahkan dan kemudiannya beliau lari ke Siak. Semenjak itu, Daeng Chelak sentiasa berulang-alik dari Riau ke Kuala Selangor.

Ketika Daeng Chelak berada di Kuala Selangor penduduk Kuala Selangor memohon kepada beliau supaya terus menetap di situ sahaja. Walau bagaimanapun, Daeng Chelak telah menamakan salah seorang daripada puteranya, iaitu Raja Lumu, datang ke Kuala Selangor. Waktu inilah datang rombongan anak buahnya dari Riau memanggil Daeng Chelak pulang ke Riau dan mangkat dalam tahun 1745.

Itulah Raja Selangor yang pertama bersemayam di atas Bukit Selangor yang dikenal dengan nama "Bukit Malawati". Menurut Tuffatul al Nafis karangan Almarhum Raja Ali Al Haji, Riau, disitu ketika Tengku Raja Selangor (Raja Lumu) pergi bermain ke Pulau Pangkor, Raja Lumu dijemput oleh Yang DiPertuan Perak untuk mengadap. Kemudian Raja Lumu pun berangkat pulang ke Kuala Selangor.

Kemangkatan Raja Lumu meninggalkan empat orang anak, iaitu Raja Ibrahim, Raja Nala, Raja Punuh dan Raja Sharifah. Baginda juga telah melantik seorang Bugis bernama Daeng Loklok bergelar Datuk Maharaja Lela Husain. Seorang daripada anak perempuannya bernama Cik Long Halijah berkahwin dengan Raja Ibrahim, putera Raja Lumu dan juga Raja Selangor Kedua.

Raja Lumu mangkat dan dikebumikan di atas Bukit Selangor dan dinamakan "Marhum Salleh". Baginda memerintah kerajaan Daeng Lumu adalah punca kerajaan awal di Kuala Selangor. Daeng Lumu dilantik menjadi Yang DiPertuan Kelang Pertama, Daeng Loklok dilantik menjadi Datuk Maharaja Lela.

Kemangkatan Raja Lumu meninggalkan empat orang anak, iaitu Raja Ibrahim, Raja Nala, Raja Punuh dan Raja Sharifah. Baginda juga telah melantik seorang Bugis bernama Daeng Loklok bergelar "Datuk Maharaja Lela Husain". Seorang daripada anak perempuannya bernama Cik Long Halijah berkahwin dengan Raja Ibrahim, putera Raja Lumu dan juga Raja Selangor kedua. Raja Lumu mangkat dan dikebumikan di atas Bukit Selangor dan dinamakan "Marhum Salleh". Baginda memerintah dari tahun 1743 (1756) hingga 1778.

Adat & Agama

Bagi orang bugis menjadikan islam sebagai Integral dan esensial dari adat istiadat budaya mereka. Meskipun demikian pada saat yang sama berbagai kepercayaan peninggalan pra-islam tetap mereka pertahankan sampai abad ke 20 salah satu peninggalan dari jaman pra islam itu yang mungkin paling menarik adalah Tradisi Para Bissu (Pendeta Waria).

Bagi suku-suku lain disekitarnya orang bugis dikenal sebagai orang yang berkarakter keras dan sangat menjunjung tinggi kehormatan. Bila perlu demi kehormatan mereka orang bugis bersedia melakukan tindak kekerasan walaupun nyawa taruhannya. Namun demikian dibalik sifat keras tersebut orang bugis juga dikenal sebagai orang yang ramah dan sangat menghargai orang lain serta sangat tinggi rasa kesetiakawanannya.

Orang eropa yang pertama kali menginjakkan kaki di tanah bugis adalah orang Potugis. Para pedagang eropa itu mula-mula mendarat dipesisir barat sulawesi selatan pada tahun 1530. akan tetapi pedangan portugis yang berpangkalan dimalaka baru menjalin hubungan kerjasama dalam bidang perdagangan secara teratur pada tahun 1559.

Bagi adat pila masyarakat bugis ada empat jenis adat yaitu  :
1.       Ade maraja, yang dipakai dikalangan Raja atau para pemimpin.
2.      Ade puraonro, yaitu adat yang sudah dipakai sejak lama di masyarakat secara turun temurun,
3.      Ade assamaturukeng, peraturan yang ditentukan melalui kesepakatan.
4.      Ade abiasang, adat yang dipakai dari dulu sampai sekarang dan sudah diterapkan dalam masyarakat.

  
Tarian & Hiburan

Tarian yang sering digunakan untuk menjamu tamu kadang-kadang menarikan tari “maluku” (sere maloku) . namun tidak disebutkan adanya pembacaan naskah secara berirama (ma’sure’selleng) yang sangat popular dilakukan pada acara-acara seperti itu di lingkungan bangsawan hingga abad ke 20.



Hiburan utama adalah sabung ayam atau adu perkelahian ayam (ma’saung) hamper disetiap istana dibawah pohon cempa (ri awa cempa) berdiri gelanggang atau arena sabung ayam ber atap tapi tidak berdinding.
Hiburan rakyat lainnya adalah “raga” sebuah permainan kaum pria dalam suatu lingkaran yang memainkan bola rotan anyaman yang menyerupai bola takraw. Bola tersebut tidak dibolehkan menyentuh tanah atau tersentuh tangan. Pemenangnya adalah pemain yang paling lama memainkan bola dengan kaki atau badannya (selain tangan) dan dapat menendang bolanya paling tinggi ke udarah.

~ Permainan Gandrang Bulo
Aslinya, Gandrang Bulo adalah sebuah tarian yang memiliki beberapa permainan di dalamnya. Ada permainan buwang-buwang passapu atau takanja-kanjarang, dan biko-biko.
Dalam Gandrang Bulo, para pemain yang menari jenaka saling melempar passapu (ikat kepala segitiga khas Bugis-Makassar) dan lawan yang lain berusaha merebut. Bila pemain lawan gagal merebut passapu, maka ia harus berperan menjadi kuda.
Permainan biko-biko yakni meniru gerak layaknya kelelawar, atau biko-biko dalam bahasa setempat.  Para pemain akan mengenakan sarung pada kepala hingga menutupi seluruh bagian kepala kecuali mata.









Rumah Bugis

Rumah bugis memiliki keunikan tersendiri, dibandingkan dengan rumah panggung dari suku yang lain( Sumatera dan Kalimantan ). Bentuknya biasanya memanjang ke belakang, dengan tambahan disamping/ditepi bangunan utama dan bahagian depan
[orang bugis menyebutnya lego - lego].

Bagaimana sebenarnya struktur khas rumah bugis ini ?.
Berikut adalah bahagian - bahagian utamanya :
1. Tiang utama ( alliri ). Biasanya terdiri dari 4 batang setiap barisnya. jumlahnya tergantung jumlah ruangan yang akan dibuat. tetapi pada umumnya, terdiri dari 3 / 4 baris alliri. Jadi jumlahnya ada 12 batang alliri.

2. Fadongko’, iaitu bahagian yang bertugas sebagai penyambung dari alliri di setiap barisnya.

3. Fattoppo, iaitu bahagian yang bertugas sebagai pengait paling atas dari alliri paling tengah tiap barisnya.

Mengapa orang bugis suka dengan struktur rumah yang memiliki kolong ( bawah rumah)?
Kononnya,sebelum islam masuk ke tanah bugis ( tana ugi’ ), orang bugis memiliki kepercayaan bahwa alam semesta ini terdiri atas 3 bahagian, bahagian atas ( botting langi ), bahagian tengah ( alang tengnga ) dan bahagian bawah ( paratiwi ). Mungkin itulah yang mengilhami orang bugis untuk embuat struktur rumah seperti itu terutama yang tinggal di perkampunga.

Orang bugis Lebih suka dengan struktur rumah yang tinggi. Mengapa saya suka ? kerana saya orang bugis. -hehe- . Sebenarnya bukan kerana itu, tetapi lebih kepada faktor keamanan dan kenyamanan. Aman, kerana binatang buas seperti ular tidak dapat naik ke atas - kebanyakan rumah di perkampung tingginya 2 meter dari tanah -.

Nyaman, faktor pengudaraan.Kerana pengaliran udara agak baik pada kedudukan yang sedikit tinggi.Angin bertiup sepoi-sepoi, walaupun udara panas.. - Dek syiling/wong rumahnya tinggi-

Bahagian - bahagian dari rumah bugis ini sebagai berikut :

1. Rakkeang, adalah bahagian diatas langit - langit ( eternit ) syiling rumah. Dahulu biasanya digunakan untuk menyimpan padi yang baru di dituai/panen.
2. Ale Bola, adalah bahagian tengah rumah.Yakni,ruang tempat dimana kita tinggal. Pada ale bola ini, ada titik central-titik pusat- dinamakan pusat rumah ( posi’ bola ).

3. Awa bola, adalah bahagian di bawah rumah, antara lantai rumah dengan tanah juga disebut bawah kolong.




Perang!!


Tajuk Yang menarik tetapi In Shaa Allah Saya akan Sambung Minggu Depan.


Sumber dari:
1. http://www.academia.edu/816818/Sejarah_kedatangan_masyarakat_Bugis_ke_Tanah_Melayu_kajian_kes_di_Johor

2. http://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_Bugis
3. http://ila-galigo.blogspot.com/2010/11/sejarah-orang-bugis.html
4.http://dady-rahman.blogspot.com/2011/01/rumah-bugis.html