Thursday, April 19, 2018
PERANCANGAN DAN PENGURUSAN HARTA DAN PUSAKA
Kita selalu menyebut perkataan Wasiat. Apa yang anda faham mengenai Wasiat?
Wasiat mengikut definasi Mazhab Syafie ialah memberi milik harta, manafaat ataupun hak secara sukarela yang hanya akan berkuat kuasa selepas kematian. Wasiat hanya akan dilaksanakan setelah dibayar hutang-hutang simati.
Siapakah golongan yang perlu Wasiat?
Ada dua golongan iaitu:
1. Golongan yang ingin memberikan hartanya kepada bukan waris sebanyak 1/3. Saya beri contoh anak angkat yang tidak berhak menerima harta secara Faraid boleh menerima harta melalui Wasiat 1/3. Simati semasa hidup mahu mengimpakkan hartanya kepada jalan Allah dengan memberi sumbangan kepada Rumah Anak Yatim atau Sekolah-sekolahTahfiz bagi mendapatkan saham akhirat walaupun setelah kematiannya.
2. Golongan yang mempunyai harta melebihi RM2.0 juta. Golongan ini memerlukan Wasiat Pentadbiran iaitu perlantikan Wasi/Wakil semasa hidup di bawah Akta Probet memberi surat kuasa tadbir untuk menguruskan harta selepas kematian. Harta simati akan beku sekiranya tiada Wasiat Pentadbiran. Proses tuntutan harta akan mengambil masa yang lama sehingga semua waris-waris bersetuju melantik seorang wakil untuk proses tuntutan seterusnya. Disini mungkin ada pertelingkahan dan ketidak persetujuan dikalangan waris untuk melantik wakil.
Bagaimana dengan Wasiat yang sedia ada?
Wasiat anda dengan Amanah Raya Berhad sekiranya ada ialah melantik pihak mereka (selain dari waris) sebagai Wasi/Pentadbir dengan bayaran yang murah. Walau bagaimanapun mereka akan mengenakan pelbagai caj yang akan membebankan waris apabila menguruskan Harta Pusaka selepas kematian kita.
Perlu diingat terdapat klausa pembolehasingan di dalam dokumen wasiat mereka. Hasrat simati akan terlaksana sekiranya waris-waris bersetuju. Sekiranya tidak harta akan dibahagikan mengikut Faraid.
Anda memerlukan khidmat nasihat PERANCANGAN DAN PENGURUSAN HARTA DAN PUSAKA...???
Hubungi PM / WA saya : 012- 7790551 Annuar
Sumber://zalihayeop.blogspot.my/2015/12/wasiat-perancangan-dan-pengurusan-harta.html?showComment=1524196377002#c2109997968282671341
Subscribe to:
Posts (Atom)