~ Masakan
Bugis ~
Bangsa Bugis adalah Bangsa yang Tidak asing lagi di
Nusantara, di Malaysia amnya bangsa ini terdapat diSabah, Sarawak, terenganu
dan Johor malah diSemananjung Malaysia.
Suku Bugis hidup dari berburu, menangkap ikan, bertani,
menternak dan terkenal dengan ketekunan serta kerajinan. Mereka yang tinggal
dipegunungan hidup dari bercucuk tanam, sedang yang dipesisir hidup sebagai
nelayan. Mereka dikenal sebagai pedagang barang kelontong; juga terkenal
sebagai pelaut yang sering merantau & menyebar ke seluruh Indonesia. Di
daerah rantau mereka membuat komunitas sendiri dan kuat.
Tidak Banyak yang bole saya catatkan mengenai Bangsa Bugis, Namun
ada kaitannya dengan Nabi Sulaiman dan Puteri Balqis kononya cucu-cicitnya
bernama Siti Melangkae, Pembekal Besi dan Logam. Bugis juga handal
membuat besi…
Untuk pengakutan kuda, sapi (di darat), rakit atau sampan
(di sungai), lambok, benggok, pinisi & sandek (di laut). Pakaian
tradisional mereka bernama Wajo Ponco, yang diperkirakan muncul dari pengaruh
Melayu. Sekarang baju ini hanyak untuk upacara-upacara, tarian dan penjemputan
secara adat. Bahasa mereka adalah bahasa Ugi yang terbagi dalam beberapa
dialek, seperti Luwu, Wajo, Bira, Selayar, Palaka, Sindenneng dan Sawito.
Makanan utama mereka yaitu beras dan jagung. Mereka memiliki minuman khas
seperti tuak, sarabba dan air tape.
Sedikit mengenai Bangsa/Suku Bugis, In Shaa Allah dimasa
akan datang saya akan huraikan lebih lanjut, kerana Blog ini saya lebih
tumpukan pada Makanan Masyarakat Bugis.
Hidangan warisan etnik Bugis seperti burasak, Kapurung dan Sanggar
Belanda pastinya ramai yang terpinga-terpinga, malahan ada tidak pernah
mendengar dan menikmatinya.
Burasak
Kalau ramuannya seperti memasak nasi lemak, cuma tidak perlu
ditambah bawang, halia ataupun serai hanya beras wangi, santan dan sedikit
garam.
Memasak burasak tidaklah rumit tetapi mengambil masa yang
cukup lama. Mana tidaknya, ia perlu direbus antara tujuh hingga lapan jam untuk
menghasilkan burasak yang teksturnya lembut dan tahan lebih lama.Burasak yang
rasanya sedikit lemak enak dimakan panas-panas bersama nasu metti atau asam
pedas ikan parang. Tradisinya, orang Bugis akan makan burasak dengan ikan
parang, sama ada yang dimasak asam pedas ataupun masak kicap.
Burasak merupakan makanan tradisional masyarakat Bugis yang
biasa dihidang ketika musim perayaan seperti hari Raya Fitri dan Adil Adha. Jangan
tidak tahu, bukan sebarang daun pisang boleh digunakan untuk membungkus
burasak. Hanya daun pisang nipah sahaja yang boleh digunakan untuk membungkus
burasak. Bukan tidak boleh guna daun pisang lain tetapi dikhuatiri pulut atau
nasi akan menjadi pahit.
Daun pisang pula harus dipilih di bahagian pucuknya atau
paling muda. Daun pisang yang tua tidak boleh digunakan kerana keras dan mudah
koyak, Menurut sejarahnya, makanan tahan lama yang berasal dari Kepulauan
Sulawesi ini sering menjadi pilihan pedagang Bugis sebagai bekalan pelayaran.
Meninjau cara memasak hidangan wajib bagi masyarakat Bugis
ini, apa yang boleh disimpulkan, hampir ke semua juadah utamanya mengambil masa
yang lama untuk dimasak.
Menurut pakar masakan warisan daripada Fakulti Sains dan
Teknologi Makanan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Shahrim
Karim, juadah raya masyarakat Bugis memang unik berbanding masakan masyrakat
lain.
Sebagai pelengkap juadah manisan berasaskan telur dan pisang
seperti baulu pecak yang rupanya seakan nekbak di Kelantan dan lepat pisang
tanpa tepung atau barongko turut disediakan.
1.
Burasak perlu disediakan terlebih dahulu kerana
ia memerlukan masa yang lama untuk direbus. Cara membuatnya mudah sahaja.
2.
Dengan menggunakan beras wangi yang ditanak
separuh masak dengan santan dan sedikit garam untuk penambah lemak.
3.
Setelah nasi masak, ketepikan dan sejukkan lebih
kurang dua jam. Selepas itu, ambil tiga sudu beras dan letakkan di atas pucuk daun
pisang nipah yang telah dibersihkan.
4.
Selepas siap lima bungkus, satukan burasak dan
balut dengan daun pisang nipah tua yang telah dilayurkan.
5.
Bungkus sebanyak dua kali dan ikat kemas burasak
dengan tali rafia. Sekarang, burasak siap untuk direbus.
Ayam
Lingkuas
Ayam Lingkuas Adalah salah satu masakan yang memang saya
idam-idamkan pada musim perayaan, seperti juga diSelangor amnya Hari Raya tidak
lengkap kalau tiada Lemang. Begitu juga Ayam Lingkuas & Burasak bagi
Masyarakat Bugis.
Cara membuatnya adalah seperti dibawah, namun jika
kekurangan mohon maaf dan kalau ada sesiapa yang boleh betulkan…sangatlah
dialu-alukan.
1.
Untuk seekor ayam yang beratnya 1.5 kilogram
(kg), setengah kg lengkuas diperlukan.
2.
Selain lengkuas, bawang putih, bawang merah dan
serai, masakan ini juga menggunakan cili api dan rempah-rempah seperti
ketumbar, jintan putih dan jintan manis.
3.
Semua bahan perlu dikisar halus sebelum dimasak
dengan sempurna kira-kira 45 minit.
4.
Selepas itu, barulah ayam dimasukkan. Apabila
daging sudah kecut, masukkan pula santan pekat. Masak sehingga ayam lembut dan
kuah mengering.
5.
Bagi yang pertama kali menikmatinya, jangan
risau, saya jamin anda pasti akan menyukainya.
Masakan Bugis mempunyai keunikan yang tersendiri namun ia
jarang ditemui di restoran dan kurang popular dalam kalangan masyarakat di
negara ini. Bagi saya, keistimewaan masakannya terletak pada bahan-bahan yang
digunakan, cara penyediaan dan namanya yang unik. Rasanya juga enak dan boleh
diterima oleh semua lapisan masyarakat.
P/S: Sanggar Belanda kita sambung minggu depan yeee boss... ;)