Pada 19 ZulKaedah 1434H bersamaan dengan 15hb
September 2013M ~ saya ke Institusi Thafiz Al-Quran Lilmuttaqin yang dahulunya
dikenali sebagai Ma’ahad Thafiz Al-Quran Lilmuttaqin terletak Semenyih,
menyahut seruan seorang sahabat dengan membantu dalam pembinaa Institusi Thafiz.
Sampai sahaja disana kami diagihkan tugas masing-masing, saya
bahagian mengisi pasir kedalam bekas pasir untuk dimasukan kedalam kereta tolak
dan dihantar ke tingkat atas dengan teknik "Pass" dari bawah ke atas,
Dalam Bahasa lain berkerja dalam satu (1)Jemaah.
Namun pelajaran yang saya dapat dari mengisi pasir sahaja ialah
sukatan mengikut kemampuan, jangan terlalu penuh dan jangan terlalu sikit. Penjelasanya
(bainat) seperti orang yang inginkan ilmu sedangkan dalam satu masa kita
tidak boleh menerima ilmu yang banyak, sediki-sedikit sudahlah”…orang cakap
pelan-pelan kayuh…
Surah Al Qiyaamah: 16 “Janganlah kamu gerakkan lidahmu untuk
(membaca) Al Quran karana hendak cepat-cepat (menguasai)nya”
Surah TaHaa:114 “Maka Maha Tinggi Allah Raja Yang
sebenar-benarnya, dan janganlah kamu tergesa-gesa membaca Al qur'an sebelum
disempurnakan mewahyukannya kepadamu, dan katakanlah: "Ya Tuhanku,
tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan."
Tetapi bahagian mencabut paku dari “Scaffolding” (Tiang yang
menyokong siling) yang terpakai diketuai oleh Bro Lan dan Bro Amin agak
mencabar sedikt. Memerlukan teknik dan peralatan yang betul, kalau tidak kayu
akan rosak/pecah dan kayu tidak boleh digunakan lagi. Bahagian
ini juga ada penjelasanya, namun belum sempat saya memegang tukul...peluh turun
melimpah-melimpah macam Tsunami al maklumla budak Hotel yang jarang-jarang
berkerja berat hanya biasa berkerja didalam penghawa dingin 6 hari seminggu.
Ternyata kayu yang hampir-hampir berbentuk “salip” yang diselaputi simen
kering dan berhabuk memberikan cabaran kepada saya namun seperti biasa sediakan
payung sebelum Hujan
Surah Al
Hasyr:18 “Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah
dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari
esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”
Berbekalkan baju lengan panjang dan glove tangan barulah kerja
macam wak Indon Kontrek yang berpengalaman.
Kita berbalik kepada teknik
mencabut paku dari kayu yang keras dan diselaputi simen kering, Teringat saya
kepada Dakwah yang saya pernah lalui dimana kalau kita ingin mencabut
berhala/pahaman seseorang bukanlah mudah. Namun dalam berdakwah kita harus
bersedia dari segala aspek terutamanya Al-Quran & Sunnah. Sebab itu sebelum
berdakwah kita harus Iqra’ siapa orang yang hendak didakwah.
Tetapi Alhamdulillah Program Train The Trainer (TOT) Anjuran
Jabatan Agama Islam Selangor yang
bertempat di Instituti Latihan Dakwah Selangor (ILDAS) dan Kursus Perkaderan Dakwah anjuran MAIS banyak
membantu dalam berdakwah. Begitu jugalah ceritanya dengan Paku yang dicabut ada
yang lurus senang dicabut, ada juga yang dah bengkok perlulah diluruskan
barulah mudah dicabut. Seperti
Surah Ibrahim :1 “Alif, laam raa. (Ini adalah) Kitab yang Kami
turunkan kepadamu supaya kamu mengeluarkan manusia dari gelap gulita kepada
cahaya terang benderang dengan izin Tuhan mereka, (yaitu) menuju jalan Tuhan
Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji.”
Alhamdulillah banyak juga yang saya pelajari dengan hanya menangkat pasir dan mencabut paku. In Shaa Allah kalau diizikan dan ada masa terluang saya akan kembali mencari Penjelasan (bainat) sambil berIbadah.
Jadi kepada Saudara, Saudari dan Sahabat-Sahabat yang ingin BerIbadah dari segi Wakaf Al-Quran, Sejadah mahunpun Kemudahan Asas Silalah Lawati Blog dibawah:
http://mtaqlilmuttaqin.blogspot.com/2013/07/keperluan-musolla-kami.html
http://mtaqlilmuttaqin.blogspot.com/
Moga-Moga Wakaf anda menjadi Saham berguna diakhirat nanti In Shaa Allah.
No comments:
Post a Comment